Sunday, February 1, 2009

My Matrix.........

Aku just nak share experience aku. Story pasal kereta HYUNDAI MATRIX ni..... Dulu, aku cukup tak suka dengan kereta MATRIX ni. Bagi aku, kereta ni tak cukup sifat. Maksud aku, dari segi fizikalnya. Macam 'hamster' je....Kat belakang tulis MPV.... tapi tak macam MPV pun. Dari segi prestasinya, tak tahu lah sebab aku belum 'test drive' lagi.

Nak dijadikan cerita, satu hari adik aku offer kereta HYUNDAI kat aku, sebab kat tempat dia kerja ada offer baikk punyee... rugi kalau tolak. Kalau beli dengan dia dapat diskaun 15% dan buat loan tak ada interest.

Tapi... aku bukannya minat sangat dengan kereta HYUNDAI ni. Sebab aku lebih suka dengan kereta tempatan, senang nak jaga 'maintenance' nya (masa tu aku pakai PERODUA KEMBARA). Sebenarnya, aku malas nak tukar kereta, sebab aku punya target dalam tahun 2010 nanti, aku nak angkat kereta idaman aku, TOYOTA CAMRY. Memang aku minat sangat dengan kereta ni. Bagi aku, kereta ni memang cukup sifat dari semua aspek sebuah kereta termasuk lah dari segi fizikal dan prestasinya (cuma baca dlm 'pamphlet' nya je...), walaupun aku belum pernah 'test drive' lagi. Kadang-kadang kalau teringin sangat nak try bawak, aku gi kat showroom TOYOTA. Berlakon macam nak beli je. Tapi tak beli pun...... saja nak lepaskan gian. Aku rasa, dah semua showroom TOYOTA kat KL ni aku dah pergi.....ha.......ha.......ha.....

Berbalik kat offer adik aku ni.... bila difikirkan balik tentang harga dan interestnya, aku rasa rugi pulak kalau tak ambik. Sebab, aku memang banyak perjalanan yang 'long distance', tak kan nak lanyak KEMBARA tu aje. Banyak minyak tu...., walau pun cuma 1.3 cc aje, tapi 4 wheel drive!! Lagi pun, aku ada 'family'. Sekali masuk dlm kereta kembara, macam sardin..... tak boleh nak bernafas di buatnya.

Adik aku ajak pergi showroom HYUNDAI kat Glenmarie, Shah Alam. Dia offer kat aku 3 jenis kereta (i10, GETZ dan MATRIX). Sebab tu je kereta dapat bagi diskaun dan 0% interest. Mula-mula sekali aku tengok kereta i10 yg baru je dilancarkan. Kereta ok, cantik, 'condition' bagus tapi kecil la, lebih kurang je ngan kereta PERODUA VIVA. Lepas tu, aku tengok pulak kereta GETZ. Kereta ok, cantik, condition nya pun ok, tp kecil, lebih kurang macam kereta PERODUA MyVI ngan KEMBARA je.

Last sekali, baru aku tengok kereta MATRIX. Mula-mula aku tengok biasa je, tapi bila direnong lama-lama, cantik pulak kereta ni.

Bila pintu dibuka, gambaran yang buruk selama ni jelas meleset sama sekali. Pandangan dalam kereta ni memang unik. Tanpa berlegah lagi, aku selongkar satu per satu, luar dan dalam kereta ni. Aku dapati hampir keseluruhan aspek kereta idaman aku ada kat kereta ni. Termasuk lah dari segi keluasan, keselesaan dan pandangan pemanduannya.

Tapi, aku kurang pasti dari segi keupayaan enginenya kerana badan kereta ni besar berbanding dengan keupayaan enginenya hanya 1.6 cc dan 1.8 cc.

Aku pun mula test drive nya. Mula-mula duduk kat kerusi pemandu rasa macam duduk dalam kabin kapal terbang je. Padangan dari tempat duduk pemandu memang selesa, dengan bumbung yang tinggi, kita boleh tengok keliling 360 darjah tanpa memusingkan kepala. Rasa lebih confident bila hendak memandu. Bila pintu ditutup dan engine dihidupkan, bunyi engine tidak kedengaran dari dalam. Memang senyap, tak menganggu suasana dalam kereta. Bila pedal minyak ditekan, keupayaan enginenya memang berkuasa.

Ternyata, kereta HYUNDAI MATRIX ni jauh berbeza dengan apa yang aku sangka. So, tanpa berfikir panjang, aku terus setuju untuk sambar sebiji kereta ni. Alhamdulilah............... selama aku pakai kereta ni, memang best dan tak mengecewakan. Aku rasa tak membazir aku beli kereta ni. Family aku pun seronok juga. Aku rasa makin lama pakai kereta ni, makin best pulak dengan kereta keluaran HYUNDAI. Tak dapat kereta TOYOTA CAMRY, dapat kereta HYUNDAI MATRIX pun, ok jugak lah buat masa ni. Nasihat aku, kita jangan memperlekehkan sesuatu sebelum kita mencubanya.